Sunday, 16 April 2017

OBJEKTIF KAJIAN




      Objektif kami dalam kajian ini iaitu sumbangan muslim kepada kemajuan sains dan teknologi adalah seperti berikut :


  • Pertama : Untuk menghayati kebangkitan tamadun islam pada zaman dahulu khususnya dalam sains dan teknologi yang disumbangkan oleh para ahli saintis dan ahli fikir islam ketika itu. Penghayatan sejarah berkaitan sumbangan para saintis dan ahli fikir islam amatlah penting bagi membakar semangat kami untuk meneruskan perjuangan kami dalam menimba ilmu demi kemajuan ummah.

  • Kedua : Untuk mengkaji jurusan-jurusan yang dimahiri oleh para ahli saintis dan ahli fikir islam khusunya iaitu Al-Khawarizmi  , Ibnu Sina , Al-Razi , dan Al-Farabi . Keempat-empat tokoh ilmuan islam tersebut amat mahir dalam jurusan mereka masing masing sehinggakan nama mereka dikenali dan disegani seluruh dunia termasuklah di eropah. Kebanyakan jurusan sains dan teknologi pada zaman ini adalah berpokok pangkal dari kajian para tokoh ilmuan tersebut. 


  • Ketiga : Untuk memupuk semangat dan daya saing kepada kami dan para pembaca blog ini untuk membuat kajian tentang ilmu-ilmu yang ada di dunia ini khususnya sains dan teknologi demi mertabatkan kembali umat islam di mata dunia seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan tamadun islam dalam ilmu sains dan teknologi.


                                               


Sunday, 19 March 2017

PENDAHULUAN

Dewasa ini, sains dan teknologi mengalami perkembangan yang sangat pesat dan maju dalam kehidupan manusia. Para ilmuwan dan ahli fikir terus meneliti dan mengkaji sains dan teknologi sebagai penemuan yang paling canggih dan moden. Kedua-duanya menjadi simbol ke arah kemajuan pada abad ke 20. Jika sesebuah bangsa atau negara tidak mengikuti perkembangan sains dan teknologi mengikut arus zaman, bangsa atau negara tersebut dikatakan ketinggalan zaman atau ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam agama islam, tiada kekangan dalam mengejar atau mencari ilmu dalam bidang sains dan teknologi bagi memartabatkan kedudukan ummah malahan menggalakkan aktiviti aktiviti tersebut sama ada berkarya,melakukan eksperimen dan pembelajaran. Dalam Firman Allah yang bermaksud "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."(Surah Al-Isra :1-5)

Ini merupakan Wahyu yang pertama diterima oleh Rasullulah yang menceritakan pentingnya dalam mencari ilmu, dalam kes ini bidang sains dan teknologi. Di dalam blog ini akan diceritakan latar belakang serta sumbangan 4 tokoh islam yang terkemuka kepada ummah dan seluruh dunia dalam kemajuan sains dan teknologi. Tokoh-tokoh tersebut ialah Al-Biruni, Al-Kawarizmi, Al-Razi dan Ibnu Sina.